:::Selamber:::: salam ramadhan

cari dalam selamber X

Blog_iklan
If U have Site U Can Earn
Top pay per click payments. Make money from your website
Click Here...

Monday, August 31, 2009

salam ramadhan

seminggu sudah kita bersama bulan yang penuh keberkatan ni...ada beberapa golongan yang sempat aku kaji dengan kepala aku sendiri mengenai pandangan seseorang itu terhadap bulan ramadhan ini :

1- sehari sebelum puasa atau beberapa hari sebelum puasa tu dia makan macam tiada hari esok untuk dia makan...dia tidak suka kepada bulan ramadhan kerana tidak dapat mengikut keinginan hawa nafsu dan ingin bulan ramadhan berlalu dengan cepat.
2- golongan ini tidak ambil peduli bulan ramadhan atau apa-apa sahaja bulan,bagi mereka setiap bulan adalah sama sahaja,tiada kelebihan dan kekurangan yang terkandung.
3- golongan ini pula tidak sabar untuk menunggu bulan ramadhan kerana ingin beribadat dengan penuh tekun dan sayang untuk meninggalkannya. kerana beliau tahu akan keberkatan yang ada di dalam bulan tersebut.
4- bulan ramadhan adalah bulan limpahan rezeki baginya,kerana di bulan ramadhan orang ramai akan berpusu-pusu akan membeli barang-barang baru sebagai persiapan ketika tibanya hari raya pada satu syawal.

firman allah swt yang bermaksud "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"

jadi korang rasa kita nie berada di dalam golongan mana,sama-sama lah kita menghisab diri kita dihadapan allah SWT di bulan yang penuh keberkatan ni agar segala amalan kita di terima oleh ilahi,dan mendapat anugerah malam lailatul qadar...amin...

No comments:

:::Selamber::: © 2009 Template by:
MJ corporation sdn bhd