:::Selamber:::: September 2011

cari dalam selamber X

Blog_iklan
If U have Site U Can Earn
Top pay per click payments. Make money from your website
Click Here...

Sunday, September 11, 2011

cukai kerajaan (top up prepaid)

ARRAYAH.INFO, Kuala Lumpur, 8 September 2011 - Cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus akan dikenakan bagi pembelian tambah nilai prabayar serta pek atau kad SIM prabayar bagi semua syarikat telekomunikasi, berkuat- kuasa 15 September 2011 ini.

Dengan cukai tersebut, pelanggan yang membeli kad prabayar bernilai RM10 perlu membayar RM10.60.

Dalam kenyataan bersama hari ini, syarikat-syarikat telekomunikasi berkata, para pelanggan prabayar akan dimaklumkan mengenai perkara itu mulai petang ini.[utusan.com.my]



















Ciri-Ciri Cukai Dalam Islam

Pengambilan harta (dari orang Islam) inilah yang disebut sebagai dharibah (sejenis pungutan) yang dibenarkan oleh syara’ untuk dipungut oleh Negara Islam Global (Daulah Islamiyah) dan menjadi tanggungjawab negara untuk membelanjakannya dengan hak.

Perlu ditegaskan bahawa dharibah bukanlah ‘cukai’ sebagaimana yang sering disalahtafsir atau yang dijadikan hujah oleh mereka yang jahil untuk membolehkan cukai.

Dharibah adalah satu bentuk ‘pungutan khas’ yang dikutip dari kaum Muslimin yang kaya/layak sahaja, itu pun hanya pada keadaan Baitul Mal mengalami defisit atau tidak cukup untuk melaksanakan apa jua kewajipan oleh negara.

Tidak boleh memungut dharibah jika Baitul Mal negara masih mencukupi.

Ia hanya dipungut di dalam keadaan negara yang amat terdesak sehingga jika tidak dipungut, maka sebuah kewajipan akan terabai.

Dharibah hanya boleh dipungut dalam keadaan-keadaan berikut sahaja :-
  1. Untuk memenuhi keperluan asas (makanan/pakaian/rumah) orang-orang fakir dan miskin.
  2. Untuk pembiayaan jentera pentadbiran negara agar negara tetap berfungsi sebagai pemelihara rakyat seperti gaji kakitangan dan prasarana pentadbiran.
  3. Untuk penyediaan kemudahan awam seperti jalan raya, hospital, masjid, sekolah dan seumpamanya.
  4. Untuk pemulihan situasi selepas rakyat ditimpa bencana alam seperti banjir, ribut taufan, gempa bumi, tanah runtuh dan seumpamanya.
  5. Untuk keperluan jihad qital (perang) fi sabilillah.
Dharibah bukanlah seperti cukai yang ada sekarang (dalam sistem ekonomi sekular kapitalisme) kerana :-
  1. Ia bersumberkan wahyu dan diambil dari hadis Rasulullah s.a.w. dan juga Ijmak Sahabat.
  2. Ia bukan sumber tetap pendapatan negara kerana ia dikutip hanya ketika Baitul Mal mengalami defisit serta berdepan dengan situasi yang kritikal sahaja dan ia tidak dikutip secara berpanjangan.
  3. Ia hanya dikutip dari kaum Muslimin yang kaya/layak mengikut kadar yang ma’aruf sehingga mencukupi kadar yang diperlukan sahaja.
  4. Ia diguna untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat/negara, bukan untuk kepentingan peribadi pemerintah ataupun kroni.
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Cukai#Ciri-Ciri_Cukai_Dalam_Islam


Cukai adalah Haram Di sisi Islam

Cukai..oh cukai. Buat negara kapitalis seperti Malaysia, cukai adalah merupakan nadi bagi kerajaan.

Negara sering berdalih dengan mengatakan, hanya dengan cukailah negara akan ada pendapatan dan dengan pendapatan daripada cukai itulah negara dapat dibangunkan dan kebajikan rakyat dapat dijaga. Apakah ini benar di sisi Islam?

Bukankah Rasulullah telah mencela pengutip cukai dengan celaan yang amat keras seperti sabdanya :
"Sesungguhnya tidak akan masuk syurga orang yang memungut cukai (mukus)" [Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud & Hakim].

Dan dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka" [Hadis Riwayat Ahmad]

Hadis ini dengan jelas menyatakan keharaman memungut cukai sebagai pendapatan negara, malah ia juga menyatakan bahawa pemungut cukai seperti pemerintah kapitalis sekarang ini bakal dicampakkan ke dalam neraka! Nauzubillahu min dzalik!

Islam telah menetapkan bahawa adalah haram bagi pemerintah untuk mengutip cukai, baik ia berupa cukai pendapatan, harta, perniagaan dan lain- lain yang nyata merupakan satu aktiviti memeras keringat yang telah dikeluarkan oleh rakyat.

Dalam Islam, telah digariskan beberapa sumber pendapatan negara seperti Ghanimah, Fai’, Kharaj, ‘Usyur, Khumus, Rikaz, Jizyah dan lain-lain.

Sumber- sumber ini sekiranya di uruskan dengan penuh amanah, insyaAllah ia akan memberi kesejahteraan kepada seluruh umat.

Ini belum dikira lagi dengan kepemilikan umum seperti petroleum serta galian yang amat banyak di perut bumi negeri umat Islam, yang hasilnya akan dikembalikan kepada umat bagai memastikan kesejahteraannya.

Dalam keadaan umat semakin tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, taraf kesihatan yang semakin menurun, kes-kes jenayah yang semakin membimbangkan, kerajaan pula berasa amat bangga dengan kutipan cukai yang semakin bertambah saban tahun.

Apa yang diperlukan oleh rakyat adalah jaminan atas kebajikan dan keperluan mereka oleh negara, berlandaskan peraturan yang telah diturunkan oleh Allah, bukannya disogok dengan berita jumlah kutipan cukai yang bertambah saban tahun!

Hakikatnya, berita seperti ini adalah gambaran bertambahnya jumlah rompakan usaha dan keringat rakyat oleh para pemerintah kapitalis! Wallahu a’lam. [mykhilafah/arrayah.info/abuidris]
:::Selamber::: © 2009 Template by:
MJ corporation sdn bhd