:::Selamber:::: 2011

cari dalam selamber X

Blog_iklan
If U have Site U Can Earn
Top pay per click payments. Make money from your website
Click Here...

Wednesday, October 26, 2011

Nak Ke Mana Tuhhh.....(part1)

gred diploma

salam..rasanya dah begitu lama aku tak pos ape-ape kat blog aku nih...al-maklumla...bz je memanjang(buat-buat bz)....tajuk entri aku kali ni Entah Ke Mana.,..haaa..dari mana nak kemana..aku pun tak tahu nak kemana...sekarang baru lepas gred..masih menunggu result dari KUIN untuk sambung pengajian peringkat ijazah dalam bidang syariah wal qanun(syariah dan undang2)...lepas aku hantar borang ke kuin baru-baru ni,aku dapat berita yang KUIN akan menerima masuk pelajar pada bulan7 tahun 2012..nak ke mana aku sebelum masuk ke KUIN??

Aku rasa cam nak try pegi indon..tp rasanya tak sempat la nk prepare duit...kurang-kurang pun rm5k jugak...so aku buat la keje aku macam biase kat KFC PYK tu...


Antara yang sempat aku snap.
Dengan kepala yang masih muda dan dengan kudrat yang ade nie..ade la budak2 nie rancang nak pegi jalan2..dengan buah pemikiran azman khidmir..dia mencadangkan untuk ke melaka,banyak tempat-tempat menarik katanya...aku ni memang jenis pantang kalau orang ajak gi jalan2...memang termakan jugak,. :) ...4/10/2011 aku bertolak ke muar,johor ke rumah apex.. kitorang pegi sebuah van je..tu pun dan boleh tido kat dalam,.,dalam 8orang je pun..perjalan ambil masa lebih kurang 7jam jugak rsnya...sampai kat umah si apex tu terus je terlentang..huhu..letih beb...bukan bleh tdo pun dalam van tuh..malam tu mkn free kat umh apex,nasik jagung yang berintikan jagung, disertakan jugak dengan lauk ikan ape ntah,aku pun xtau,.huhu..tp memang sedap mak dia masak..

Dataran Tanjung Emas.
Lepas je makan apex bawak gi jalan kat dataran tanjung emas Muar,johor..kat situ lebih kurang macam taman syahbandar la kat terengganu nie..ade jeti,taman rekreasi..bleh amik gambo banyak2..huhu..memang tak lari dari amik gambo ni...pasal ambil gambo ni memang dah jadi habit aku..asal ade kamera je disitu la aku ade,.huhu..

makan mee bandung.
kat dataran tuh ade je tempat menarik seperti air pncut ngan lampu lip-lap tu..tau x..huhu..ade jeti,ade buaian untuk budak(yang rasa dia budak pun duduk join skali) ..ade kete api yang memang bukan utk hiasan atau bergambar,tp aku peduli ape...ape yang xde kat kg aku,aku tibai jerk..haha..lepas penat round2 kat dataran tuh,kitorang pegi pekene plak mee bandung johor...tp tak sangka plak kat johor pun ade otak2..tp lain dari yang terengganu punye la,,,otak2 johor ni dia pakai tepung rasenye,bukannya kelapa seperti kat terengganu nie..nasib la mee bandung dia tu sedap...pekat giler..beesstt...lepas makan pegi pusing2 pastu balik tido2..zzz...

beca yang kecik.
Pagi-pagi ari bangun semayang subuh lu se pong(se round@sekali)...lepas tu mandi2 makan2 sarapan pagi sket...kemas2 barang,bertolak ke melaka..dalam perjalan yang tak sampai sejam(aku rasa la)..apex yang tak berapa nak betul nie ajak bergambo dengan basikal besow..bukan besow tapi gergasi...kat tepi jalan pulok tu,..,aku nie taknak ambik gambo,tp nak wat camne..jage ati member2 turun r kejap amik gambo..huhuhu...mase tgh syok amik gambo,tibe-tibe je budak yang bawak moto tu ketawa,kuang ajor tol..dah la kuat..tp memang klako pun..haha..ade ke amik gambo ngn beca buruk kat tepi jalan nie..dah la ramai2 dok panjat beca nie,.,huhu..

kapal samudera
Sampainye kat melaka tempat pertama yang dituju semestinya..TandaS..hehe...mula-mula skali kitorang pegi naik kapal,muzium tu dalam kapal...aku tak tau pun asal-usul kapal tu,sebab masa tu aku tengah berebut nak amik gambar..huhu..ade la dekat 20minit pusing-pusing dalam kapal tu..bayaran dia rm2 kalau tak silap..masuk dalam tu 8orang,tapi 3orang je yang bayor pasal yang lain tu panjat pagar,,,aku pun tak tau la diorang ni panjat ikut mana,,huhu...lepas tu kitorang pegi plak kat muzium sebelah muzium kapal nie(muzium samudera)...kat tapi kat dalam tu takde apa yang menarik pun..sekadar orang kata pegi singgah amik hati pasal tiket dia sekali dengan tiket muzium kapal nie...kiranya budak2 yang panjat pagar tu masuk free lagi la/...huhu...

Perigi hang tuah
burn cuba talian kecemasan
Terlupa plak,sebelum aku sampai kat bandar melaka nie,aku singgah kat perigi hang tuah,kat sana pun ada jugak benda yang menarik seperti rumah hang tuah,perigi hang tuah dan sebagainya...kalau ada yang beli cenderahati,aku rekemen kat korang beli kat perigi hang tuah nie..memang berbaloi la harga dia..memang murah,,...tapi kalau korang pegi kat sane tapi dapat harga mahal jangan marah plak...hehe...cencalok pun korang bleh beli kat perigi hang tuah nie..harga dia letak aku tak perasan la plak berapa,tapi aku beli rm2 je sebotol...

Aku sambung balik citer yang tadi,lepas je siap pusing2 kat muzium tuh,aku on the road ke A' famossa..perjalan lebih kurang 15minit dari kapal tadi,bergantung kepada keadaan dan cara dia berjalan..kalau laju,lagi cepat sampai,kalau slow,lambat la sampai...dah lenguh menulis..aku sambung lain kali plak yea...huhuhu..


Sunday, September 11, 2011

cukai kerajaan (top up prepaid)

ARRAYAH.INFO, Kuala Lumpur, 8 September 2011 - Cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus akan dikenakan bagi pembelian tambah nilai prabayar serta pek atau kad SIM prabayar bagi semua syarikat telekomunikasi, berkuat- kuasa 15 September 2011 ini.

Dengan cukai tersebut, pelanggan yang membeli kad prabayar bernilai RM10 perlu membayar RM10.60.

Dalam kenyataan bersama hari ini, syarikat-syarikat telekomunikasi berkata, para pelanggan prabayar akan dimaklumkan mengenai perkara itu mulai petang ini.[utusan.com.my]



















Ciri-Ciri Cukai Dalam Islam

Pengambilan harta (dari orang Islam) inilah yang disebut sebagai dharibah (sejenis pungutan) yang dibenarkan oleh syara’ untuk dipungut oleh Negara Islam Global (Daulah Islamiyah) dan menjadi tanggungjawab negara untuk membelanjakannya dengan hak.

Perlu ditegaskan bahawa dharibah bukanlah ‘cukai’ sebagaimana yang sering disalahtafsir atau yang dijadikan hujah oleh mereka yang jahil untuk membolehkan cukai.

Dharibah adalah satu bentuk ‘pungutan khas’ yang dikutip dari kaum Muslimin yang kaya/layak sahaja, itu pun hanya pada keadaan Baitul Mal mengalami defisit atau tidak cukup untuk melaksanakan apa jua kewajipan oleh negara.

Tidak boleh memungut dharibah jika Baitul Mal negara masih mencukupi.

Ia hanya dipungut di dalam keadaan negara yang amat terdesak sehingga jika tidak dipungut, maka sebuah kewajipan akan terabai.

Dharibah hanya boleh dipungut dalam keadaan-keadaan berikut sahaja :-
  1. Untuk memenuhi keperluan asas (makanan/pakaian/rumah) orang-orang fakir dan miskin.
  2. Untuk pembiayaan jentera pentadbiran negara agar negara tetap berfungsi sebagai pemelihara rakyat seperti gaji kakitangan dan prasarana pentadbiran.
  3. Untuk penyediaan kemudahan awam seperti jalan raya, hospital, masjid, sekolah dan seumpamanya.
  4. Untuk pemulihan situasi selepas rakyat ditimpa bencana alam seperti banjir, ribut taufan, gempa bumi, tanah runtuh dan seumpamanya.
  5. Untuk keperluan jihad qital (perang) fi sabilillah.
Dharibah bukanlah seperti cukai yang ada sekarang (dalam sistem ekonomi sekular kapitalisme) kerana :-
  1. Ia bersumberkan wahyu dan diambil dari hadis Rasulullah s.a.w. dan juga Ijmak Sahabat.
  2. Ia bukan sumber tetap pendapatan negara kerana ia dikutip hanya ketika Baitul Mal mengalami defisit serta berdepan dengan situasi yang kritikal sahaja dan ia tidak dikutip secara berpanjangan.
  3. Ia hanya dikutip dari kaum Muslimin yang kaya/layak mengikut kadar yang ma’aruf sehingga mencukupi kadar yang diperlukan sahaja.
  4. Ia diguna untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat/negara, bukan untuk kepentingan peribadi pemerintah ataupun kroni.
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Cukai#Ciri-Ciri_Cukai_Dalam_Islam


Cukai adalah Haram Di sisi Islam

Cukai..oh cukai. Buat negara kapitalis seperti Malaysia, cukai adalah merupakan nadi bagi kerajaan.

Negara sering berdalih dengan mengatakan, hanya dengan cukailah negara akan ada pendapatan dan dengan pendapatan daripada cukai itulah negara dapat dibangunkan dan kebajikan rakyat dapat dijaga. Apakah ini benar di sisi Islam?

Bukankah Rasulullah telah mencela pengutip cukai dengan celaan yang amat keras seperti sabdanya :
"Sesungguhnya tidak akan masuk syurga orang yang memungut cukai (mukus)" [Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud & Hakim].

Dan dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka" [Hadis Riwayat Ahmad]

Hadis ini dengan jelas menyatakan keharaman memungut cukai sebagai pendapatan negara, malah ia juga menyatakan bahawa pemungut cukai seperti pemerintah kapitalis sekarang ini bakal dicampakkan ke dalam neraka! Nauzubillahu min dzalik!

Islam telah menetapkan bahawa adalah haram bagi pemerintah untuk mengutip cukai, baik ia berupa cukai pendapatan, harta, perniagaan dan lain- lain yang nyata merupakan satu aktiviti memeras keringat yang telah dikeluarkan oleh rakyat.

Dalam Islam, telah digariskan beberapa sumber pendapatan negara seperti Ghanimah, Fai’, Kharaj, ‘Usyur, Khumus, Rikaz, Jizyah dan lain-lain.

Sumber- sumber ini sekiranya di uruskan dengan penuh amanah, insyaAllah ia akan memberi kesejahteraan kepada seluruh umat.

Ini belum dikira lagi dengan kepemilikan umum seperti petroleum serta galian yang amat banyak di perut bumi negeri umat Islam, yang hasilnya akan dikembalikan kepada umat bagai memastikan kesejahteraannya.

Dalam keadaan umat semakin tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, taraf kesihatan yang semakin menurun, kes-kes jenayah yang semakin membimbangkan, kerajaan pula berasa amat bangga dengan kutipan cukai yang semakin bertambah saban tahun.

Apa yang diperlukan oleh rakyat adalah jaminan atas kebajikan dan keperluan mereka oleh negara, berlandaskan peraturan yang telah diturunkan oleh Allah, bukannya disogok dengan berita jumlah kutipan cukai yang bertambah saban tahun!

Hakikatnya, berita seperti ini adalah gambaran bertambahnya jumlah rompakan usaha dan keringat rakyat oleh para pemerintah kapitalis! Wallahu a’lam. [mykhilafah/arrayah.info/abuidris]

Tuesday, June 14, 2011

Aku....bagaimana...

Dah lama rasanya aku tak post ape2 kat blog nie..maklum la..sibuk je memanjang...keje lagi study lagi,.,main lagi,.,kadang2 online pun tak sempat nak buat ape2..just cek email je,.,.sekarang nie dah musim exam..exam terakhir bagi aku..exam tahun 3 syariah sem ke2..exam yang akan menentukan hala tuju aku selepas habis menuntut di KUDQI...diam tak diam hampir 4tahun aku berada disini...ilmu yang diberikan cukup berharga untuk dimanfaatkan...bukan sekadar ilmu dunia,malahan lmu Akhirat juga di bentangkan di KUDQI...

Pada suatu hari aku berfikir...betul ke aku sekarang ini adalah aku yang dulu..aku yang dulu sungguh jauh dengan aku yang sekarang..adakah kerana pengaruh sekeliling atau memang aku tidak mampu untuk tempuhi dan harungi semua onak dan duri di layar kehidupan...terlalu banya salah dan silap yang aku lakukan..tapi adakah aku masih mampu menempuhi semua ini dengan iman menerajui hati dan bukan sebaliknya...

Aku ada terdengar suatu kisah ketika aku kecik-kecik dulu..ada seorang hamba allah yang mana kerjanya adalah seorang perompak dan pembunuh...sudah 99orang yang dibunuh olehnya,namun pintu hatinya telah dibuka oleh allah yang maha berkuasa untuk kembali kepangkal jalan,lalu dia mencari seorang alim ulama' untuk meminta pandangan dan nasihat bagaimana untuk beliau kembali ke pangkal jalan..lalu dia bertanya kepada sorang yang alim itu "aku adalah seorang perompak dan pembunuh,aku ingin bertaubat,adakah allah akan mengampuni dosa aku?" lalu orang alim itu pun menjawab "kamu telah lakukan kesalahan yang besar,dan kamu tidak akan diampunkan oleh allah" lalu dengan hati yang marah,pemuda tadi pun membunuh alim itu..lalu dia meneruskan lagi perjalanan untuk bertaubat dengan menemui alim ulama' yang lain...dalam perjalanan tiba-tiba dia ditakdirkan oleh allah mati ditengah jalan..lalu turun malaikat azab untuk mengangkat rohnya ke langit tiba-tiba malaikat rahmat berkata kepada malaikat azab "pemuda ini ingin bertaubat,hatinya telah suci" lalu malaikat azab berkata "tidak,pemuda ini belum bertaubat" lalu allah menurunkan perintah untuk mengukur perjalanannya yang paling dekat dengannya..adakah sudah dekat dengan alim ulama' tersebut atau masih jauh..lalu malaikat tadi turut untuk melihat,dan perjalanan pemuda itu lebih dekat dengan alim ulama' yang ingin beliau bertanyakan untuk bertaubat kepada allah,maka dia diangkat oleh malaikat rahmat untuk dibawa ke syurga dan segala dosanya diampunkan oleh allah...(kalau salah tentang citer nie boleh tolong betulkan)..

aku adalah aku...hidup macam secawan teh..jika kita menjadi air masak yang panas,memang kita dapat menghancurkan gula..tapi kita akan jadi kuning...jika kita menjadi gula,kita akan memaniskan air tetapi terlebih dahuku dihancurkan oleh air..tetapi jika kita menjadi teh..walaupun kita menjadi manis kita masih boleh menukar warna air menjadi kuning dan tidak mencacatkan diri sendiri..
:::Selamber::: © 2009 Template by:
MJ corporation sdn bhd