:::Selamber:::: 2010

cari dalam selamber X

Blog_iklan
If U have Site U Can Earn
Top pay per click payments. Make money from your website
Click Here...

Saturday, July 3, 2010

Oh Argent...


Setelah agak lama aku menantikan untuk melihat aksi dan corak permainan argentina untuk menewaskan jerman dalam piala dunia pada kali ini,namun aku kena akur yang argentina memang tidak mampu untuk menyaingi argentina buat masa ini...masih segar di ingatan pada tahun 2006 apabila jerman menewaskan Argentina...dan menurut sejarah,argentina pernah menewaskan jerman pada piala dunia di peringkat akhir pada tahun 1986 dan jerman kembali membalas dendam terhadap argentina pada tahun 1990...Jerman adalah musuh tradisi argentina sejak zaman kegemilangan maradona lagi...kini maradona menjadi jurulatih kepada pasukan argentina yang banyak menimbulkan spesifikasi yang tidak baik kerana masalah peribadi beliau tapi maradona telah menujukkan yang sebaik mungkin untuk argentina...corak permainan jerman agak tenang berbanding dengan argentina yang terburu-buru dan cepat melatah...dalam perlawanan sebelum ini pasukan argentina tidak diuji dengan terlalu ketara di bahagian pertahanan..boleh dikatakan semua gol yang dibolos adalah salah pemain pertahanan...kerana maradona mengatur corak yang melebihkan pemainnya untuk menyerang dan kurang kuat di bahagian pertahanan...aku memang sedih dengan kekalahan ini dan berharap argentina akan menewaskan jerman pada piala dunia 2014 nanti di peringkat akhir...argentina always in my heart,,..

Saturday, April 3, 2010

-_happy birthday_-














30-03-2010..happy befday kat diri aku sendiri...hahaha...memang kesian kan,,...takde orang nak wish pun befday kat aku...so,aku wish untuk diri sendiri je la..tapi dalam takde orang yang nak wish pun ade jugak dapat adiah dari yang tersayang....hehe..jangan jeles yea


My befday present..


....sempat jugak buat befday parti kat tempat aku keje tuh...oleh kerana kat tempat aku ade sorang awek yang same befday dia ngan aku,so kitorang berpakat la wat befday parti...dalam tengah-tengah planing wat parti tuh..tak sangke la plak rupanya orang lain pun da plan nak wat parti mandi-manda kat kitorang nie..huhuhu...kalau air masak ke air 100plus ke takpe la jugak...sekali kene mandi air ubi kentang daa,,,,...kacip gigi jugak la rasenye...abis basah baju aku kene air tuh..da la busuk,pastu bile da kering tuh ye jadi keras...sebaldi plak tuh kene jirus..hahaha..


kene jirus daa..



kena jirus sebelum aku..hahaha..padan muke.






tapi aku pelik la...kenapa masyarakat manusia nie suke sangat sambut befday..tak takut ke..ee..seram tau tak sambut befday nie..lebih-lebih lagi smbut befday sendiri...tapi ramai yang tak terfikir pasal nie..aku yang terfikir nie pun rase macam tak sempat nak memikirkannya...huhuhu...korang sedar tak,setiap kali kita sambut befday dalam setaun..kite semakin HAMPIR KEPADA KEMATIAN!!!...setiap kali kita sambut befday,bermakna sudah setahun umur kita berkuarangan...kalau ditakdirkan oleh allah swt kita hidup 50tahun,dan sekarang umur kita sudah 22tahun..dan menanti countdown selama 28tahun lagi untuk MATI!!..jadi yang bleh aku kata kat sini,befday tu sebenarnya countdown kepada kematian..ee..seram kan...tue la...kan dah cakap tadi,sape soh tak caye...jadi camen sekarang,korang masih lagi nak sambut befday korang ke...kalau korang tanye aku,memang aku nak sambut..pasal ape??..pasalnye..haa,,korang pikir la sendiri..haah??,..nak soh aku bagitau jugal,..hmm..ok la...aku bagitau..aku rase nak sambut jugak befday sebab bleh ingatkan aku pada kematian...jangan nak seram la...nak takut ke...ape ke...kita semua akan balik kat tempat asal kite..bukan aku je...semua orang akan mati..ntah-ntah korang yang bace nie ade mase 2-3hari je lagi..haa..aku tak tau...renung-renungkan..dan selamat beramal...

Wednesday, March 24, 2010

genting highlang

keje-blajo,keje baljo,blajo keje blajo keje...tensen...Waaaarrrrggghhhh!!!!...jadi aku berkeputusan untuk menghilangkan segala ketensenan yang berlegar-legar di ruang fikiran...so,dengan menggunakan segala geliga yang ada dalam kepala aku nie..aku ajak kawan-kawan aku hk berkelayakan dan bersekepala dengan aku untuk melepaskan tensen ni...

Genting Highland...itu lah destinasi aku...selepas sedikit mesyuarat dan sedikit perbincangan,tanpa melengahkan masa,aku and the gang pegi la ke genting highland...aku,qeba,hilmi dan pizi..dalam perjalan kesana yang mengambil masa kira2 6jam untuk sampai ke destinasi(mase maksima yang diperuntukkan)...singgah sekejap di kemaman untuk MAKAN nasik kat umah mak aku...selepas abis makan siap2 betul urat saraf,pergi plak ke masjid geliga untuk menunaikan solat dan terus ke destinasi...


Tanpa aku sedari...sebenarnya duit dalam poket aku cuma tinggal rm20 saje lagi....yang lain pun da takde duit,sebab belum amik lagi kat ATM...tapi takpe,oleh kerana kami sume nie jenis yang TENANG,jadi wat tak tau je la..dan teruskan perjalanan..dari satu perhentian ke satu perhentian,stesen minyak yang menyediakan ATM masih lagi belum terjumpa..sehinggalah sampai ke perhentian terakhir di genting sepah,baru la jumpa ATM..tapi,mesin ATM tu plak yang rosak..Waaarrgghh...sume orang pun dah pening...duit dah abis bayar tol...nasib baik la orang kat stesen minyak tu bagitau kat atas kedai makan perhentian tu ade mesin ATM..tapi hati nie masih lagi belum tenang,sebab belum tau ATM tu ok ke tak...



Alhamdulillah..duit dah ade..minyak kete pun dah isi penuh...cume tunggu nak naik atas je...sampai je kat atas,aku terus ke kaunter tiket kereta kabel dan terus pergi ke puncak Genting highland..sampai je kat sane,tempat yang aku first skali pergi kat outdoor theme park...best siot..tanpa merasa malu dan bersalah aku ke kaunter untuk beli tiket nak main...kakak kat situ cakap "kite tutup pukul 7pm kat sini.."


aku tengok jam kat enset aku,tinggal 15minit je lagi nak masuk pukul 7pm..hancur hati aku nak jerit kuat-kuat kat dalam tu...bende yang aku paling nak main,yang terjun ke bawah sambil tali kene ikat kat kaki..macam dalam iklan twisties tu...nanti da tua2 tak bleh main dah..memang susah nak pergi ke sane..memang payah nak cari masa yang sesuai...tapi gitu plak jadinya..so,aku main kat indoor theme park je la....yang paling best kat indoor theme park semestinya masuk kat snow word...hehe..bleh lpas tensen kat situ je....mainan lain pun main jugak..tu pun kejap je..sedar-sedar dah pukul 10pm...kereta kabel tu tutup pukul 11pm...dah la nak cari jalan balik tu susah,..banyak sangat cabang..huhuhu...walaupun berat nak hati nak balik,tapi terpakse la jugak balik...the past cannot be replay..the future must go on..hehehe..silap berfalsafah la plak...pape pun,aku bleh la hilangkan sedikit rasa tensen dihati...tapi sebelum balik tu,singgah jap kat kedai cenderamata,rembat dulu baju sehelai tanda kenangan..aku nie kalau pegi jalan memang tak sah kalau tak pergi shopping..ibarat makna kata kalau pegi jalan tak bershopping macam mandi tak rasa air la...huhu..Genting Highland,....






Tuesday, February 23, 2010

walimatul urus


Salam...kebelakangan ini aku silimpahi dengan kad-kad jemputan kahwin dari kawan-kawan lama,dari kawan-kawan yang tak seberapa kenal pun ade jugak..jadi kepada yang baru melangsungkan perkahwinan dan yang akan melangsungkan perkawinan mereka nanti,aku doakan semoga bahagia ke anak cucu cicit dan sehingga akhir hayat....

Sesuailah dengan firman allah S.W.T yang bermaksud (Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.)-surah Ar ruum : 21..

Disini antara undangan-undangan yang sempat aku terima dan aku teringat..jika ada sesiapa yang terbaca(pengantin baru) tapi nama beliau tak tersebut,aku mintak maaf la yea..

Selamat pengantin baru buat sepupu aku k.ngah dengan calon hatinya...(sekali terlupa plak nama suami dia..hehehe)..yang melangsungkan perkahwinannya pada 14-02-2010..Buat faqirah dengan pilihan hatinya Din pada 04-03-2010...Najib dengan calon tercintanya tengku farzana pada 20-02-2010..umie atikah dengan calom idaman...(yang nie pun aku lupa..hehe)...aida dan kekasih hatinya hisyam pada 20-03-2010..

Wednesday, January 27, 2010

sejarah terukir...




hari ini lajnah sukan dan kebudayaan ada menganjurkan perlawanan futsal diantara lajnah-lajnah termasuk pelajar IPA yang datang bertandang ke sini untuk exam sem...aku selaku ajk lajnah sukan turut serta untuk padang,sebagai persediaan awok-awok aku,seminggu sebelum perlawanan diadakan kitorang dengan semangat berkesukanannya menempah sepasang jersey setiap seorang...aku pun tak la turut ketinggalan jugak,sempat menibai sepasang kasut futsal hari sebelum perlawanan bermula...

jam 7.57am aku berangkat ke old trafford jeram dengan semangat yang agak berkobar-kobar untuk meraih juara dengan pakaian yang agak-agak serba baru ni.huhuhu...selepas taklimat oleh urusetia dan sedikit peringatan oleh tuan presiden saudara khai samsudin,perlawanan pertama di mulakan...pasukan aku menang ketika menentang lajnah ekonom dan tewas pada lajnah kebajikan dan pelajar IPA,abis runtuh harapan aku untuk menjulang piala pada tahun nie...oleh kerana lajnah info&tarbiyyah tidak mempunyai pemian yang cukup mereka mengimport aku untuk bermain dengan lajnah mereka...pada peringkat separuh akhir lajnah info menentang IPA,aku selaku goal keeper pada masa tu memang bersamangat waja untuk menebus balik kekalahan aku bersama pasukan lajnah sukan tadi..dengan kesungguhan yang ditonjolkan oleh setiap pemain,aku bolos 2jaringan seri dengan IPA sebelum omar menjaringkan gol ke3 untuk lajnah info dan seterusnya ditambah pula jaringan oleh dua lagi pemain lain menjadikan lajnah info-5 dan IPA-2....akhirnya aku berjaya memasuki peringkat final,peringkat final yang menentukan juara diantara juara....tapi memang sayang,pasukan aku tumpas di tangan pasukan lajnah kebajikan...


tidak pernah dalam sejarah kesukanan Kolej ni,lajnah sukan tewas pada peringkat seringan,kerana semua orang tahu lajnah sukan adalah diantara lajnah yang paling hebat dalam persatuan...dan memang tidak disangka,selama 2tahun aku menjadi ajk lajnah info tidak pernah sekali pun lajnah informasi menjejakkan kaki dalam perlawanan futsal...tapi pada tahun ini,lajnah sukan dan lajnah info masing-masing telah mencipta sejarah baru dalam kesukanan kolej ini....komen aku selaku penganjur,perlawanan futsal pada kali ini memang di luar jangkaan aku,kerana semua lajnah-lajnah memberikan komitmen yang amat tinggi,seperti lajnah akademik contohnya,mereka pun menempah jersey untuk pasukannya kerana ingin menyertai kejohanan futsal pada kali,termasuk lajnah kebajikan yang juga turut memakai jersey baru walaupun nampak macam pasukan power rangers.huhuhu...tetapi menjulang piala johan,tahniah pada lajnah sukan...dan terima kasih juga kepada pelajar IPA yang turut serta memeriahkan perlwanan futsal pada tahun ini...dan aku jugak ingin mengucapkan selamat berstudy dan selamat berexam..semoga rintihan yang korang semua lalui ini adalah kunci kejayaan korang di masa akan datang....

Tuesday, January 26, 2010

Sunday, January 17, 2010

baju lajnah aku














amacam..cantik x...ori ni tau...huhuhu








exam yang memalaskan diri

salam...dah agak lame aku tak post ape-ape kat blog aku nie...mase tue ade,tapi rase berat tangan nak menaip...dalam sebulan dua nie aku terpakse keje sambilan kat kedai makan,bukan saje nak buat sedih tapi saje kongsi cerita ngan korang...sekarang ni plak dah nak exam untuk sem3...study tue jauh sekali..nasib baik sempat jugak aku wat assignment walaupun mase dah tinggal ciput-ciput je...huhuhu...sibuk je ngan keje aku,bangun pagi masuk kelas(biase-biase lewat sokmo) pastu lepas semayang zohor bleh rehat jap,tido2 k dulu..dalam kol3.30pm gi keje..masuk keje pun kadang-kadang lewat...lepas keje kat situ sebulan,tubuh aku jadi semakin besor(montel je..huhuhu)...nak pegi jumpe sape-sape pun rase malu...sebab memang jenis aku nie pemalu sejak dilahirkan..huhuhu..(silap terperasan plak...)..ok,alang-alang aku post pasal diri aku je nie...baik aku ajar korang bende-bende yang mungkin korang sume tak tau..tol tak...kalau tak betul aku malas nak ajar nie..haa..ade pun orang kate betul..huhuhu..orait...korang tau tak camne nak buat kalau komputer korang kene virus dan task manager korang tak boleh nak bukak...caranya memang mudah(kalau korang tau la..kalau tak tau susah jugak..)..mula-mula korang pegi kat start,klik run,taip gpedit.msc dan klik ok..pilih user configuration,pilih administrative templates,pilih system...klik kat ctrl+alt+del option. pastu korang double klik kat the remove task manager option dan ubah nilai value 1 kepada 0.pastu korang klik du kali kat prevent access to command prompt,pastu set kepada disable,apply.pastu set balik kepada not configured.nilai 0 untuk tidak aktif dan nilai 1 untuk aktif...

huhuhu...dapat x lagi care-care yang aku ajar tadi tuh..kalau korang biase gune regedit,korang pun baiki gune mende tue...korang ikut langkah-langkah nie..
# Pilih HKEY_CURRENT_USER \ Software \ Microsoft \ Windows \ CurrentVersion \ Policies\ System.
# Ubah nilai value data kepada 0 pada DisableTaskMgr.

selain dari mende yang aku ajar nie.korang bleh jugak kalau nak guna software.tapi korang kene cari sendiri la software tu,sebab aku takde pun software untuk baiki mende nie..nama software tu TASK MANAGER FIX..

biasenye aku ajar mende-mende camni kat blog http://cipbiskut.blogspot.com/...tapi kali nie aku nak ajar korang kat sini...kat dalam cipbiskut tue ade macam-macam mende yang aku ajar,termasuk care-care nak hacker komputer dan website...tapi biase-biase aku tak ajar semua mende yang aku tau,sebab aku ikut petua silat.kalau ajar anak murid,tak boleh ajar semua sekali sebab takut nanti anak murid derhaka kat tok ketua.huhuhu,.,.....ok la...setakat ni je...salam... :::SELAMBER:::
:::Selamber::: © 2009 Template by:
MJ corporation sdn bhd