:::Selamber:::: KEGAGALAN DAN KEMENANGAN

cari dalam selamber X

If U have Site U Can Earn
Top pay per click payments. Make money from your website
Click Here...

Tuesday, October 21, 2008

KEGAGALAN DAN KEMENANGAN

Kegagalan bukan bermakna saya telah gagal,
Ia bermakna saya belum lagi berjaya.

Kegagalan bukan bermakna saya tidak mencapai apa,
Ia bermakna saya mempelajari banyak perkara.

Kegagalan bukan bermakna saya telah diperbodoh,
Ia bermakna saya ada keyakinan kuat untuk mencuba sesuatu yang baru.

Kegagalan bukan bermakna saya telah diaibkan,
Ia bermakna saya berani meneroka Sesutu yang baru.

Kegagalan bukan bermakna saya tidak mendapat apa kejayaan,
Ia bermakna..kini saya perlu lakukan sesuatu dengan cara lain.

Kegagalan bukan bermakna matabat saya telah tercemar,
Ia bermakna saya bukanlah seorang yang sempurna.

Kegagalan bukan bermakna saya telah membazirkan hidup saya,
Ia bermakna saya ada alasan untuk memulakan hidup baru.

Kegagalan bukan bermakna saya perlu menyerah kalah,
Ia bermakna saya perlu berusaha lebih kuat.

Kegagalan bukan bermakna saya tidak mungkin akan,
Ia bermakna saya perlu banyak bersabar.


ORANG YANG TIDAK PERNAH GAGAL,
ADALAH MEREKA YANG TIDAK PERNAH BUAT APA2

No comments:

:::Selamber::: © 2009 Template by:
MJ corporation sdn bhd