:::Selamber:::: Wahid sudah bersedia ke parlimen

cari dalam selamber X

If U have Site U Can Earn
Top pay per click payments. Make money from your website
Click Here...

Tuesday, January 6, 2009

Wahid sudah bersedia ke parlimen




Kuala Terengganu
– Calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut sudah betrsedia untuk meneruskan khidmat baktinya menjangkaui batas sembatan negeri, menuju ke parlimen.

Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan pada sidang media yang diadakan selepas proses penamaan calon pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu disini semalam.

“Saya sedang menuju ke sana…. Saya sedang menuju kesana…saya tidak gementar, sama sahaja tugasnya samada di dewan undangan negeri atau di parlimen..”kata beliau yang telah berkhidmat selama lima penggal sebagai Dewan Undangan Ngeri Wakaf Mempelam.

Beliau yang diasak oleh lebih dua puluh wartwan tempatan dan luar negara memberikan respon yang cepat dan lancar.

Sebelum itu, Wahid memasuki pusat penamaan calon kira-kira pukul 9.20 pagi setelah diiringi oleh rombongan besar, lebih 20,000 orang ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.

Antara pimpinan utama Pakatan Rakyat yang hadir adalah Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Beliau melangkah masuk ke dalam Stadium Negeri dengan iringan Pesuruhjaya PAS Teregganu Dato’ Mustafa Ali yang bertindak sebagai pencadang dan bekas ADUN Bandar Azmi Lop Yusof sebagai penyokong.

No comments:

:::Selamber::: © 2009 Template by:
MJ corporation sdn bhd