:::Selamber:::: Jenis-jenis hadith

cari dalam selamber X

Blog_iklan
If U have Site U Can Earn
Top pay per click payments. Make money from your website
Click Here...

Saturday, July 14, 2012

Jenis-jenis hadith

Salam....hampir setahun aku meninggalkan tempat pengajian aku...yang aku belajar semua hampir lupa. Apakata kalau aku refresh balik apa yang aku belajar dulu..hmm..apa yea yang aku nak kongsikan bersama,, Ok,jom aku kongsikan tentang Hadith,..jeNis-jenis hadith..sekadar perkongsian bersama.  

Jenis-Jenis Hadith:-

1. Hadith mutawatir
Hadith yang diberitakan oleh ramai sahabat. Bilangannya begitu ramai sehingga mustahil ia adalah dusta.
2. Hadith masyhur
Hadith yang diriwayatkan oleh sekurang-kurangnya tiga orang. Hadith ini sekurang-kurangnya diberitakan oleh tiga sanad yang berlainan. Contoh, satu hadith yang diriwayatkan oleh tiga orang; Muslim, Bukhari dan Tarmidzi. Manakala sanad setiap imam berbeza orang-orangnya. (Sanad: orang-orang di dalam perjalanan hadith)
3. Hadith sahih
Hadith yang mana sanadnya:
I) Bersikap adil. Islam, berakal waras, baligh dan tidak melakukan dosa besar.
II) Orang cukup kuat ingatannya
III) Orang yang sejahtera dan tidak mempunyai kecacatan yang boleh menjejaskan penyampaian hadith.
4. Hadith hassan
Hampir serupa dengan hadith sahih tetapi ada diantara sanadnya mempunyai kelemahan dalam daya ingatan.
5. Hadith hassan sahih
Mempunyai perjalanan hassan dan sahih.
6. Hadith daif (lemah)
Tidak mengikut syarat-syarat hadith hassan. Iaitu lemah sanadnya. Sesetengah ulama membolehkan penggunaan hadith daif hanya dalam menggalakkan sesuatu amalan atau kebaikan, tetapi tidak boleh diguna sebagai sumber hukum.
7. Hadith Maudu (palsu)
Tidak dapat dibuktikan hadith rasulullah. Contohnya tidak diketahui sanadnya. Fitnah ini berlaku bermula pada zaman Khalifah Uthman di mana hadith palsu telah dicipta untuk mempertahankan aliran peribadi. Contoh hadith palsu: "Barangsiapa ingin melihat kepada Adam tentang ketinggian ilmunya, dan kepada Nuh tentang ketakwaannya dan baktinya, dan kepada Ibrahim tentang kebaikan hatinya, dan kepada Musa tentang kehebatannya, dan kepada Isa tentang ibadatnya, maka hendaklah ia lihat pada Ali (saidina Ali). Hadith yang diada-adakan oleh golongan syiah.
Rasulullah s.a.w. melarang mengada-adakan hadith palsu. Sabdanya; Janganlah kamu berdusta atas namaku, kerana bahawasanya barang siapa yang berdusta atas namaku, masuklah dia ke dalam neraka. (Muslim).

alhamdulillah,siapa-siapa yang dah lupa macam aku nie boleh kerik-kerik(cungkil) balik ye..

Wassalam.

No comments:

:::Selamber::: © 2009 Template by:
MJ corporation sdn bhd